Wanita Rakam Beri Dadah Kepada Anak?

TULAR:
241

PENJELASAN :

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan bahawa seorang wanita telah memberikan dadah kepada seorang kanak-kanak dalam satu video rakaman, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Berita Harian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, polis telah menahan seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan bagi membantu siasatan berhubung video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun kononnya diberikan dadah yang viral di laman sosial.

Wanita berusia 27 tahun yang juga ibu kepada kanak-kanak terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.Katanya, pihaknya sudah mengambil kenyataan wanita berasal dari Taman Gurun Jaya, dekat sini, yang mengaku berbuat demikian untuk menyakitkan hati bekas suaminya.

Mior Farid berkata, wanita terbabit menyatakan paip itu adalah kosong dan tiada dadah, dan tidak direman berikutan sedang sarat mengandung manakala anaknya ditahan di wad kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut.

SUMBER :

Berita Harian

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI