Penggunaan Bahan Peluntur Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum Menjejaskan Kesihatan?

TULAR:
1945
Sumber gambar : KKM

PENJELASAN:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan dakwaan bahawa penggunaan bahan peluntur benzoil peroksida dalam tepung gandum boleh menjejaskan kesihatan sepertimana yang tular di media sosial.

Versi Terkini. Tular: Jun 2017

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Januari 2017

Sumber gambar: Kosmo Online

Versi Terdahulu. Tular: Oktober 2014

Sumber gambar: Facebook

Menurut KKM, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan benzoil peroksida sebagai kondisioner makanan di bawah aditif makanan di dalam tepung. Benzoil peroksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan oleh badan penilai antarabangsa iaitu Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA).

SUMBER:

Kementerian Kesihatan Malaysia (Jun 2017)

Kementerian Kesihatan Malaysia (Januari 2017)

Kementerian Kesihatan Malaysia (Oktober 2014)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI