Waspada Emel dari Individu Tawar Khidmat Urus Wang Tak Dituntut

TULAR:
445

WASPADA :

Orang ramai diminta berhati-hati dengan individu atau mana-mana pihak yang mendakwa dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan menawarkan khidmat menguruskan Wang Tidak Dituntut (WTD).

Sumber gambar: Jabatan Akauntan Negara.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia tidak pernah mengeluarkan e-mel kepada mana-mana pihak termasuk individu, syarikat atau firma bagi menawarkan perkhidmatan menguruskan Wang Tidak Dituntut (WTD).

Dalam satu kenyataan, JANM berkata pihaknya juga tidak pernah melantik mana-mana ejen bagi tujuan menguruskan WTD bagi pihak empunya.

Katanya pihaknya amat kesal dengan penyamaran e-mel palsu yang menggunakan alamat e-mel [email protected] bagi menawarkan perkhidmatan untuk menguruskan WTD kepada orang awam.

SUMBER :

Jabatan Akauntan Negara

Bernama

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI