PENJELASAN:
Bank Negara Malaysia (BNM) memperjelaskan mengenai tindakan mengenakan surcaj oleh peniaga kepada pengguna terhadap penggunaan transaksi kad debit dan kredit.
Menurut BNM, peniaga adalah dilarang dari mengenakan caj tambahan untuk pembayaran menggunakan kad debit dan kredit seperti yang dinyatakan di bawah Rangka Kerja Pembaharuan Kad Pembayaran yang diperkenalkan, selain larangan bagi penggunaan kad kredit adalah sejajar dengan peraturan skim kad antarabangsa seperti Visa dan Mastercard.
Tambahnya, larangan terhadap caj pembayaran itu dipantau dan dikuatkuasa oleh bank yang menyediakan kemudahan e-pembayaran kepada peniaga.”Pengguna yang berdepan dengan situasi di mana peniaga mengenakan caj tambahan, dinasihatkan untuk membuat aduan kepada bank atau pengeluar kad pembayaran berkenaan.”