Jambatan Sultan Yusuf, Teluk Intan Akan Ditutup Kembali?

TULAR:
1482
TELUK INTAN 30 JULY 2017. Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (tiga kiri) melihat jambatan Sultan Yusof, Teluk Intan yang tular dikatakan tidak selamat kerana mengalami kerosakan sejak Khamis lalu. NSTP/IHSAN PEMBACA

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa Jambatan Sultan Yusuf, Teluk Intan akan ditutup semula, selepas dibuka beberapa bulan untuk tujuan pembaikan.

Sumber gambar: Whatsapp.

SEBENARNYA:

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, pengguna Jambatan Sultan Yusuf tidak perlu panik dengan dakwaan bahawa jambatan tersebut akan kembali ditutup kepada semua jenis kenderaan.

“Kita tidak menutup Jambatan Sultan Yusuf kepada kenderaan ringan seperti yang didakwa, cuma kita terpaksa mengawal jumlah kenderaan supaya tidak berhenti di atas jambatan ekoran kesesakan lalu lintas. Ini kerana ia memberi kesan kepada pergerakan tiang di jambatan berkenaan,” katanya.

Menurut Zainol Fadzi, kawalan lalu lintas itu dilakukan sempena cuti sekolah kerana berlaku kesesakan di atas jambatan berkenaan, dan ia adalah satu langkah mengelakkan berlakunya pergerakan lebih kritikal terhadap jambatan tersebut.

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI