Waspada Penyebaran Maklumat Palsu Menjelang PRU-14

TULAR:
763

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati menilai kandungan berita atau maklumat yang disebar dalam laman tertentu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Gambar hiasan : Sumber : Malaysian Access

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai terutamanya pengguna media sosial supaya berhati-hati menilai kandungan berita atau maklumat yang disebar dalam laman tertentu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, budaya yang tidak sihat adalah apabila berita yang tidak betul dianggap betul oleh pengguna.

Pengguna mesti bertanggungjawab, maknanya berita yang nak dikongsi atau dimuat naik mesti disemak kebenarannya. Kalau tak pasti rujuk balik kepada sumber yang berkaitan.

“Kalau (kandungan) itu sumber polis rujuk dengan polis atau kalau daripada agensi kerajaan kena rujuk dahulu dengan mereka sebelum kita kongsi kecuali kalau dapat daripada saluran rasmi.”

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI