Peningkatan Harga Ikan Di Terengganu di Bulan Ramadan?

TULAR:
453
Sumber gambar: Astro Awani.

PENJELASAN :

Jabatan Perikanan Terengganu memperjelaskan dakwaan peningkatan harga ikan di Terengganu Ramadan.

Gambar hiasan. Sumber gambar: Hargasumut.

Menurut jabatan itu, peningkatan harga ikan di Terengganu hanya bersifat sementara berikutan permintaan tinggi terhadap bekalan terbabit sejak bermula Ramadan dan akan kembali seperti biasa dalam masa terdekat.

Pengarah Perikanan Terengganu, Zawawi Ali, berkata harga semasa ikan yang dijual kepada pembeli meningkat sebanyak 30 hingga ke 35 peratus. Bagaimanapun, katanya hasil maklum balas diperoleh pihaknya, senario itu berlaku berikutan permintaan mendadak bekalan ikan sejak mula Ramadan dan beberapa faktor lain seperti kenaikan bahan api dan musim cuti sekolah.

“Selain itu, berdasarkan maklum balas semua pihak, kenaikan harga ini tidak kekal lama dan akan kembali normal selepas tamat bulan Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi,” kata beliau.

SUMBER : 

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI