Jakim Keluarkan Sijil Halal Buat Minyak Masak Kitar Semula?

TULAR:
2203

PENJELASAN:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperjelaskan dakwaan bahawa pihak Jakim mengeluarkan sijil halal buat minyak masak kitar semula.

 

Sumber gambar: Facebook.

Bahagian Hab Halal Jakim dalam satu kenyataan menjelasakan bahawa pihaknya tidak pernah memberikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk minyak masak yang dikitar semula.

Pihak Jakim juga menyatakan, minyak masak jenama Buah Sawit keluaran Syarikat Jaburan Sdn Bhd pernah diambil tindakan pada tahun 2016 kerana menggunakan Logo Halal tanpa memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah. Walau bagaimanapun, status terkini syarikat tersebut adalah dalam proses permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

(Artikel berkaitan: Minyak Masak Kitar Semula di Pasaran?)

SUMBER:

Facebook Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI