Wanita Diculik Sekumpulan Lelaki Di Jalan Sultan Ismail?

TULAR:
425
Sumber gambar : PDRM

PENJELASAN:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan bahawa seorang wanita diculik sekumpulan lelaki di Jalan Sultan Ismail sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Mesej dan video tular di media sosial yang mendakwa seorang wanita diculik sekumpulan lelaki di Jalan Sultan Ismail di sini, adalah tidak benar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata, wanita warga Indonesia berusia 23 tahun itu merupakan suspek kes curi di Gombak.

Jelas beliau, “Wanita berkenaan (pembantu rumah) ditangkap oleh majikan lamanya dan diserahkan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak… kini mangsa ditahan di IPD Gombak.”

SUMBER:

Facebook Polis Diraja Malaysia

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI