WASPADA:
Orang ramai yang ingin menunaikan umrah dinasihatkan agar berhati-hati agar tidak tertipu dengan pakej murah yang ditawarkan syarikat atau orang tengah.
Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mengingatkan umat Islam yang ingin menunaikan umrah supaya tidak tertipu dengan pakej murah yang ditawarkan syarikat atau orang tengah.
Naib Presiden Umrah dan Haji MATTA Shahrulnezam Mohd Daud berkata untuk mengelak daripada tertipu, bakal jemaah eloklah berurusan secara terus dengan syarikat yang diberi Lesen Khas Umrah.
“Lebih 200 syarikat pengembaraan yang menganggotai MATTA memiliki Lesen Khas Umrah dan mereka ini menawarkan pakej umrah di seluruh negara.
SUMBER :