Penjara Seremban Kutip Derma Dengan Menjual Kurma?

TULAR:
776

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial bahawa Penjara Seremban telah menganjurkan kutipan derma dengan menjual kurma bagi menampung perbelanjaan banduan lelaki di penjara itu berikutan kerajaan tidak lagi menampung perbelanjaan pihak penjara.

Sumber gambar: Mstar.

SEBENARNYA :

Pengarah Penjara Seremban, Muhammad Nazri Nasrudin menafikan dakwaan bahawa terdapat individu atau syarikat yang mewakili penjara itu bagi tujuan memohon sumbangan kurma buat penghuni.

“Pengurusan Penjara Seremban tidak pernah berhubung atau mengenali pihak yang mengeluarkan dan menghebahkan kenyataan tersebut melalui aplikasi media sosial. Kami kesal dengan tindakan penyalahgunaan nama Penjara Seremban khususnya dan Jabatan Penjara Malaysia dalam aktiviti memohon sumbangan tersebut,” katanya.

SUMBER :

Facebook Jabatan Penjara Malaysia

MStar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI