Melaka Menjadi Lokasi Penganjuran ‘Jerusalem’s Jubilee’?

TULAR:
298

PENJELASAN :

Kerajaan Negeri Melaka memperjelaskan dakwaan bahawa negeri Melaka akan menjadi lokasi penganjuran ‘Himpunan Jerusalem’s Jubilee’ bagi memperingati kejayaan rejim Israel merampas kota Jerusalem pada 1967.

Sumber gambar: Whatsapp.

Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, kerajaan Melaka tidak pernah menerima permohonan penganjuran tersebut serta turut menolak sekeras-kerasnya cubaan pihak tertentu untuk menjadikan negeri ini sebagai lokasi penganjuran sebuah perhimpunan yang dibimbangi boleh menggugat kestabilan dan keharmonian kaum di negara ini.

“Untuk maklumat, kerajaan negeri tidak pernah menerima (permohonan), apatah lagi hendak meluluskan,” katanya.

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI