Penyalahgunaan Dadah Flakka Di Malaysia?

TULAR:
1710

PENJELASAN :

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) memperjelaskan dakwaan bahawa video tentang beberapa individu yang berkelakuan ganas ditempat awam adalah kesan akibat dadah jenis flakka.

Sumber gambar: Twitter Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Dalam satu kenyataan media, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang kes pengagihan atau pengedaran dadah jenis flakka dikesan di Malaysia.

AADK turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya berwaspada dan menjauhi sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah.

SUMBER :

Twitter Agensi Anti Dadah Kebangsaan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI