PENJELASAN:
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa memperjelaskan dakwaan bahawa penjawat awam adalah dibenarkan untuk menjadi calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), sepertimana yang tular di media sosial.
Menurut Tan Sri Dr Ali Hamsa, penjawat awam yang berkhidmat secara tetap atau kontrak yang dipilih sebagai calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018, perlu meletakkan jawatan masing-masing.
Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab penjawat awam untuk mematuhi prosedur itu yang dilaksanakan sebelum ini.