Jari Palsu Bagi Tujuan Penipuan Sewaktu PRU 14?

TULAR:
1291

PALSU:

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya jari palsu bakal digunakan pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) bagi tujuan penipuan dalam penggunaan dakwat kekal.

Versi Terkini. Tular: April 2018

Sumber Gambar: Whatsapp

Versi Terdahulu. Tular: Disember 2017

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Mac 2017

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan perkara tersebut dan memberi jaminan bahawa tidak akan membiarkan jari palsu digunakan pihak tertentu bagi tujuan penipuan dalam pilihan raya umum akan datang.

SPR telah mengenal pasti bahawa sumber imej tersebut diambil daripada internet yang tersebar di sebuah negara jiran. Sumber asal imej tersebut disyaki dipetik daripada laman akikofujita.com yang menyiarkan artikel tulisan Shintaro Hasyahi yang bertajuk ‘Prosthetic Fingers Help Reform Former Yakuza Members’ yang disiarkan pada 16 Dis 2013. Imej tersebut kemudiannya digunakan oleh pihak tertentu di Indonesia yang kononnya akan digunakan dalam Pilihan Raya Serentak Indonesia 2017 yang sedang berlangsung dan ditularkan.

SPR memberi jaminan bahawa proses pilihan raya yang kendalikan oleh badan berkenaan adalah bersih, telus dan bebas daripada sebarang penipuan dan penyelewengan.

SUMBER:

Berita Harian

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI