SPR Keluarkan Syarat Tambahan Bahan Kempen Bagi PRU14?

TULAR:
1066

PENJELASAN:

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memperjelaskan laporan bahawa pihaknya telah mengeluarkan syarat-syarat tambahan bagi bahan kempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, SPR telah mengeluarkan syarat-syarat tambahan baharu bagi bahan kempen untuk PRU14 bagi memastikan aktiviti kempen melibatkan parti bertanding berlangsung secara aman dan lancar serta tidak mengelirukan pengundi.

Di antara syarat-syarat tersebut ialah, pemasangan bahan-bahan kempen mestilah mempunyai permit untuk mempamerkan bahan-bahan kempen kepada orang ramai dalam bahagian pilihan raya yang ditandingi, yang akan dikeluarkan oleh Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing.
Selain itu, penggunaan gambar pemimpin utama parti politik adalah dihadkan kepada gambar dua orang pemimpin utama parti politik yang bertanding sahaja iaitu Presiden dan Timbalan Presiden, manakala gambar pemimpin jawatan parti selain daripada kedua-duanya (atau setaraf dengannya) adalah tidak dibenarkan.

SUMBER:

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (1)

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (2)

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI