Waspada Demam Campak (Measles) Di KLIA?

TULAR:
1258
Sumber gambar : KKM

WASPADA:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai terutamanya yang mengunjungi atau bekerja di KLIA atau yang menggunakan penerbangan Malaysia Airlines agar tidak khuatir dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan etika batuk yang betul.

Sumber gambar : FMT

Pada 20 April 2018, KKM telah menerima pemakluman daripada pihak Kementerian Kesihatan New Zealand berkaitan kes demam campak (measles) melibatkan seorang penumpang warga New Zealand yang telah menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH781 dari Bangkok ke Kuala Lumpur pada 14 April 2018. Beliau telah transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selama 10 jam, sebelum menaiki penerbangan MH133 dari Kuala Lumpur ke Auckland pada 14 April 2018.

Beliau disyaki mendapat jangkitan measles di Bangkok, Thailand dan telah timbul gejala ruam pada 14 April 2018 semasa dalam penerbangan. Pihak Kementerian Kesihatan New Zealand telah memaklumkan dua (2) orang penumpang warga Malaysia telah dikenalpasti sebagai kontak dan telah kembali ke Malaysia pada 21 April 2018. Pihak KKM telah menghubungi kedua-dua kontak tersebut dan mereka didapati sihat dan tidak menunjukkan gejala jangkitan measles.

Orang ramai yang ingin melancong ke luar negara perlu memastikan mereka dalam keadaan sihat. Segera berjumpa doktor sekiranya mendapat sebarang tanda atau gejala demam campak (measles) untuk rawatan segera. Kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan measles yang teruk adalah kanak-kanak terutama mereka yang tidak pernah mendapat imunisasi measles. Kanak-kanak yang belum dapat imunisasi measles boleh dibawa ke mana-mana fasiliti kesihatan untuk mendapatkan suntikan vaksin measles. Jangkitan measles bagi orang dewasa adalah ringan dan tidak perlu khuatir sekiranya telah menerima suntikan imunisasi measles. KKM menyarankan, bagi orang dewasa yang tidak pernah menerima suntikan imunisasi measles, boleh mendapatkannya di mana-mana fasiliti kesihatan swasta sebagai perlindungan dari mendapat jangkitan measles.

SUMBER: 

Laman Rasmi Kementerian Kesihatan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI