Dakwaan Nota Suara Yang Tular Melalui Aplikasi WhatsApp Adalah Kandungan Yang Dikitar Semula Pada Tahun 2021

TULAR:
419

SEBENARNYA:

Menurut Kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

Terdapat satu rakaman ‘Voice Note’ yang tular kebelakangan ini yang mendakwa kononnya katil di wad hospital telah penuh dan tidak mencukupi, dan mengulas kadar kematian semakin meningkat dalam kes ‘brought in dead’ (BID), serta penularan wabak baru daripada negara Afrika telah menyebabkan kematian mendadak dalam satu masa.

KKM ingin memaklumkan bahawa voice note’ ini pernah tular pada tahun 2021 dan kini diedarkan secara berleluasa menerusi aplikasi whatsapp untuk menimbulkan keresahan awam.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM

Twitter Rami KKM

Instagram Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI