Dakwaan YAB TPM Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi Letak Jawatan Kerana Masalah Kesihatan Adalah Tidak Benar

TULAR:
239

SEBENARNYA:

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi (DS Zahid) menafikan beliau akan meletakkan jawatan seperti dakwaan pihak tertentu.

Ia dikaitkan dengan status kesihatan DS Zahid.

Menurutnya, prosedur yang dijalani beliau baru-baru ini adalah pembedahan prostat dan bukannya menghidap penyakit kanser prostat.

DS Zahid berkata, beliau kembali sihat dan kembali bekerja selepas selesai menjalani prosedur berkenaan.

SUMBER:

Astro Awani

Sinar Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI