Waspada Cubaan Penipuan Berkaitan Program eMadani (e-Madani)

TULAR:
1627

Orang ramai adalah dinasihatkan agar berwaspada terhadap sebarang cubaan penipuan berkaitan program eMadani yang akan bermula pendaftarannya pada 4 Disember 2023 ini.

Bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan, orang ramai adalah diingatkan agar:

  1. Tidak terpedaya dengan tawaran-tawaran perkhidmatan terutamanya di media sosial bagi menebus (cash-out) kredit eMadani yang diterima, kepada wang tunai;
  2. Berhati-hati apabila menerima sebarang pautan yang mencurigakan, dan tidak terpedaya melayari laman sesawang palsu berkaitan program eMadani (atau bantuan Kerajaan yang lain) yang diwujudkan bagi mencuri maklumat serta butiran peribadi pengguna; dan
  3. Tidak menyertai kumpulan (group) yang meragukan di aplikasi-aplikasi permesejan seperti WhatsApp dan Telegram yang kononnya menawarkan maklumat lanjut atau perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan program eMadani (atau bantuan Kerajaan yang lain).

Maklumat sahih berkaitan program eMadani boleh dirujuk di portal rasmi MANFAAT di pautan:
https://manfaat.mof.gov.my/eMADANI

Orang ramai yang mempunyai kemusykilan berhubung penipuan berkaitan program eMadani, atau yang telah menjadi mangsa penipuan, adalah dinasihatkan untuk segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997.


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI