Kertas Undi Dengan Titik Hitam, Helah Untuk Membuatkan Undi Menjadi Tidak Sah?

TULAR:
2609

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya kertas undi dengan titik hitam akan digunakan dalam Pilihan Raya, yang didakwa sebagai helah untuk membuatkan undi menjadi tidak sah.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) meminta orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan mempercayai mesej-mesej tular yang tidak sahih dan berniat mengelirukan pengundi berkaitan proses pilihan raya yang ditularkan di media sosial.

Teks berkaitan kertas undi mempunyai titik hitam disifatkan sebagai berita tidak benar dan bertujuan mengelirukan orang ramai.

Setiap kertas undi yang dicetak akan disemak dan diperiksa dengan teliti oleh pegawai SPR untuk memastikan ianya bersih dan tiada sebarang tanda yang tidak sepatutnya seperti titik hitam atau sebagainya sebelum ianya diedarkan untuk pengundian. Selain itu, pengundi juga dinasihatkan sentiasa berhati-hati agar tidak mengotorkan kertas undi dengan sengaja sama ada dengan dakwat dan sebagainya. Sekiranya kertas undi didapati rosak dengan tidak sengaja, pengundi hanya boleh meminta penukaran kertas undi lain hanya sekali sahaja.

SPR menasihatkan agar pengundi tidak terpengaruh dan percaya dengan mesej-mesej tular yang memberi maklumat salah yang bertujuan untuk mengelirukan serta menimbulkan persepsi negetif terhadap petugas pilihan raya. Orang ramai disaran supaya merujuk terus kepada pihak SPR untuk penjelasan maklumat yang tepat mengenai sebarang maklumat yang tidak pasti kesahihannya.

SUMBER:

Laman Rasmi SPR


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI