Waspada Iklan Mempromosikan Produk Menggunakan Nama Kementerian Kesihatan

TULAR:
332

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

Pemantauan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, mendapati pemilik akaun facebook atas nama “Kementerian Kesihatan” yang menggunakan lambang organisasi WHO telah menguar-uarkan pengiklanan sejenis produk “Prostate Cream” dengan dakwaan bagi mencegah atau mengurangkan kanser prostate dan meningkatkan fungsi kelelakian.

Kementerian ini memandang serius terhadap penggunaan nama “Kementerian Kesihatan” sebagai “click bait” dalam aktiviti promosi produk sebagai gedung pembelian dalam talian tidak berdaftar bagi tujuan mengaut keuntungan. Tindakan tidak bertanggungjawab ini perlu dihentikan oleh pihak berkenaan.

Perkara ini adalah sesuatu yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada pengguna, yang mempercayai bahawa produk ini telah mendapat pengiktirafan daripada kementerian ini sedangkan KKM tidak mengiktiraf mana- mana produk.

Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan perakuan iklan yang meragukan serta tidak berkongsi maklumat tidak sahih ini, agar tiada lagi mangsa yang tertipu dengan kandungan yang mengelirukan.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM
Twitter Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI