Dakwaan Kandang Khinzir Bersebelahan Dengan Kolam Ternakan Ikan Patin Adalah Video Lama

TULAR:
347

Menurut Jabatan Perikanan Malaysia (DOF):

DOF menegaskan rakaman yang tular berkaitan isu kandang khinzir bersebelahan dengan kolam ternakan ikan patin itu adalah video lama yang sengaja dimainkan semula individu tidak bertanggungjawab.

DOF memaklumkan, ikan akuakultur oleh penternak yang berdaftar di bawah jabatannya itu adalah halal dan berkualiti.

Ini kerana, bahagian biosekuriti jabatannya sentiasa mengadakan lawatan serta menjalankan ujian porcine (pemantauan DNA khinzir) bagi memastikan hasil ikan juga sumber makanan ternakan di bawah penternak itu adalah terjamin bersih, halal serta menepati piawaian keselamatan makanan negara.

SUMBER:

Facebook Rasmi DOF

Berita Harian

AstroAwani

Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI