SEBENARNYA:
Klinik Kesihatan Manjoi kembali beroperasi seperti biasa pada jam 3.35 petang, 11 Mac 2020 setelah ditutup sementara waktu bagi tujuan langkah pencegahan menerusi dekontaminasi (menghilangkan kuman dan pencemaran).
Ia susulan laporan terdapat seorang pesakit yang datang ke klinik itu dan berjumpa dengan salah seorang Pegawai Perubatan di bilik pemeriksaan.
Menurut Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming, hasil pemeriksaan mendapati pesakit memberitahu sejarah perjalanan ke negara Jepun pada 27 Februari hingga 8 Mac lepas.