Penjelasan Berkenaan Status Kenderaan Jenis Sport Utility Vehicle (SUV) Bagi Tujuan Pendaftaran E-hailing

TULAR:
80

Menurut Siaran Media Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT):

MOT ingin memberikan penjelasan berhubung laporan media yang telah menimbulkan kekeliruan mengenai status kenderaan jenis Sport Utility Vehicle (SUV) bagi tujuan pendaftaran e-hailing.

Kementerian ingin menegaskan bahawa tiada sebarang perubahan dasar dibuat berkaitan kelayakan jenis kenderaan untuk digunakan dalam perkhidmatan e-hailing. Semua kenderaan yang memenuhi syarat teknikal serta mempunyai kapasiti tempat duduk antara empat (4) hingga sebelas (11) orang adalah layak untuk dipertimbangkan bagi pelesenan e-hailing (EHO).

Untuk makluman,APAD tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau kenyataan yang mengehadkan penggunaan kenderaan jenis SUV bagi tujuan pendaftaran e-hailing.

SUMBER:

Laman Rasmi MOT


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI