Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM):
KPWKM telah menerima satu video yang tular di media sosial Facebook dan TikTok berhubung seorang warga emas OKU yang telah ditamatkan bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU). Video tular ini telah dirakamkan di hadapan pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Aras Bawah Menara Teo Chew, Kuala Lumpur.
Setelah semakan dibuat, penama telah menerima bantuan EPOKU iaitu satu insentif kerajaan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, mampu hidup berdikari dan seterusnya menjadi ahli masyarakat yang produktif. Insentif ini diberikan kepada golongan OKU yang bekerja dengan pendapatan RM1500 dan ke bawah. Namun apabila pendapatan telah meningkat atau penerima tidak lagi bekerja, maka kelayakan ini akan terbatal.
Penerima telah menerima EPOKU berjumlah RM450.00 bermula pada bulan September tahun 2020 hingga bulan Ogos 2023. JKM telah melakukan penelitian semula pada September 2023 dan mendapati penama tidak lagi bekerja.
Sehubungan dengan itu, EPOKU penama telah ditamatkan JKM, mengambil kira penama menerima Bantuan Sara Hidup Tentera, bantuan bakul makanan MAWIP dan bantuan bulanan Baitulmal yang berjumlah RM950.00 setiap bulan selain isteri penama yang menerima pencen sebagai pesara kerajaan.
SUMBER:
Facebook Rasmi KPWKM
Twitter Rasmi KPWKM