Penjelasan Hebahan Iklan Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41

TULAR:
362

SEBENARNYA:

Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP):

Semua hebahan urusan berkenaan di bawah Suruhanjaya ini hanya akan disiarkan di laman sesawang (www.spp.gov.my/ms) dan Platform media social rasmi SPP seperti berikut:-

  1. Facebook- www.facebook.com/SPPHQ
  2. X – @SPPMy
  3. Instagram -@SPPMy

Penafian ini dibuat berdasarkan hebahan yang tular di beberapa ‘Page’ laman media sosial berkenaan Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 dengan tarikh tutup permohonan pada 13 Oktober 2023.

Untuk makluman, hebahan bagi pengambilan PPP Gred DG41 telah di buat pada 7 April 2023 dan permohonan bagi urusan tersebut telah di tutup pada 21 April 2023.

Sehubungan itu, SPP tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat kesulitan/kerugian yang dihadapi daripada maklumat yang diperolehi selain daripada sumber rasmi SPP.

SUMBER:

Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP)

Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP) (ENG version)

Twitter Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI