Dakwaan Lesen Beras Kepada BERNAS Ditarik Balik Adalah Tidak Benar

TULAR:
329

SEBENARNYA:

Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan(KPKM):

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ingin memberikan maklum balas berkenaan mesej palsu yang ditularkan dalam aplikasi WhatsApp berkenaan lesen beras kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) ditarik balik pada hari ini.

Kerajaan tidak menarik atau membatalkan konsesi beras kepada BERNAS yang telah dipersetujui selama 10 tahun bermula 11 Januari 2021 hingga 10 Januari 2031. Konsesi ini turut melibatkan 10 obligasi sosial BERNAS termasuklah menyediakan stok penimbal beras negara.

SUMBER:

Facebook Rasmi Pertanian dan Keterjaminan Makanan(KPKM)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI