Menurut kenyataan media Kementerian Kewangan (MOF):
Susulan pertanyaan media yang diterima berkenaan pelaksanaan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah (LVG) diimport, MOF ingin memberi penjelasan seperti berikut:
1. Secara umum, cukai jualan dikenakan ke atas barang-barang yang dijual di Malaysia dan cukai jualan dibayar oleh pengimport, pemborong atau peruncit sebelum dijual kepada pengguna akhir di Malaysia.
2. Namun demikian, terdapat loophole dalam sistem cukai jualan sedia ada yang menyebabkan amalan pengelakan cukai jualan berlaku dalam kalangan penjual. Di peringkat global, telah menjadi kelaziman untuk tidak mengenakan cukai jualan dan duti import ke atas barang import di bawah nilai ‘De Minimis‘ (minimum). Di Malaysia, nilai ‘De Minimis’ ditetapkan pada RM500 seunit barang bagi memudahkan urusan pelepasan kastam serta penghantaran melalui pos dan kurier. Kepesatan transaksi jualan dalam talian yang menjadi pilihan pengguna pada masa ini, telah mewujudkan layanan cukai yang tidak sama rata antara perniagaan dalam talian yang mengimport barang dari luar negara dan perniagaan yang beroperasi secara fizikal (brick and mortar) di Malaysia.
6. Cukai jualan pada kadar 10% dikenakan ke atas LVG bernilai RM500 ke bawah yang diimport ke Malaysia melalui jalan darat, laut atau udara. Cukai ini tidak dikenakan ke atas rokok, produk tembakau, minuman keras dan rokok paip kerana kesemua barang ini telah dikenakan duti import, duti eksais dan cukai jualan.
7. Tarikh efektif bagi mengenakan dan melevikan cukai jualan ke atas LVG akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024.
8. Penjual dalam talian tempatan dan luar negara yang menjual LVG diimport ke Malaysia dengan nilai melebihi RM500,000 dalam tempoh 12 bulan boleh memohon untuk berdaftar di bawah Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2022 melalui mylvg.customs.gov.my/.