Penjelasan Isu Larangan Ucapan ‘Merry Chistmas’ Pada Kek

TULAR:
1101

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):

1. Tular di media sosial berkenaan isu larangan ucapan ‘Merry Christmas’ pada kek berikutan Memorandum dari Syarikat Berry’s bertarikh 14 Disember 2023 bertajuk “Not Allowed To Write The Word of Merry Christmas or X’Mas On Cakes”.

2. Untuk makluman semua, isu ini adalah isu yang berbangkit dan sebelum ini ianya pernah dijawab oleh pihak JAKIM pada 25 Disember 2020 dan 1 November 2023.

https://www.islam.gov.my/ms/kenyataan-media/2387-kenyataan-media-jabatan-kemajuan-islam-malaysia-jakim-berkenaan-isu-ucapan-merry-christmas-pada-kek-di-premis-makanan

3. Sekali lagi ingin dimaklumkan bahawa tiada halangan bagi premis pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) untuk menulis sebarang bentuk tulisan berkaitan ucapan perayaan pada kek atau seumpamanya.

SUMBER:

Facebook Rasmi JAKIM



MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI