SEBENARNYA:
Menurut Polis Daerah Sungai Buloh, pada 8 April 2020, terkesan penularan video yang berdurasi 25 saat mengenai warga asing yang melaksanakan solat jemaah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Hasil risikan mendapati video yang tular itu adalah berkaitan solat Hari Raya Aidil Fitri yang disambut oleh masyarakat warga asing pada 2018. Solat tersebut telah diadakan di Padang Bola MBSA di Kampung Baru Sungai Buloh.
Maka dengan ini pihak kami mengesahkan bahawa video yang tular itu bukan berlaku dalam masa tempoh PKP.
SUMBER:
Facebook Rasmi Polis Daerah Sungai Buloh