PENJELASAN:
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperjelaskan dakwaan bahawa penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tidak dibenarkan menyertai kempen politik menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.
Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) bebas menyertai kempen politik di luar kampus menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Beliau berkata, mereka diberi kelonggaran berpolitik jika mereka berminat dan ini berbeza dengan kepimpinan sebelum ini yang menyekat penglibatan mereka dalam politik negara.
Katanya, penglibatan penuntut IPT dalam aktiviti politik tertakluk di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti yang dipinda pada 2012 yang membenarkan mahasiswa terlibat dalam persatuan, badan atau kumpulan termasuk parti politik ketika di luar kampus.