Penggabungan Grab Dan Uber Di Asia Tenggara Akan Menyebabkan Kenaikan Tambang?

TULAR:
727

PENJELASAN:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri memperjelaskan dakwaan bahawa penggabungan Grab dan Uber di Asia Tenggara akan memberikan kesan kepada tambang perkhidmatan e-hailing.

Sumber gambar: Facebook.

Penggabungan Grab dan Uber di Asia Tenggara tidak akan memberi kesan kepada tambang perkhidmatan e-hailing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, jaminan itu disuarakan dalam pertemuan dengan pengendali operasi Grabcar.

Katanya, kerajaan boleh mengambil tindakan undang-undang menerusi Akta Persaingan 2010 yang menyekat kuasa monopoli dan pakatan syarikat besar sekiranya Grabcar gagal berpegang kepada janji berkenaan.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI