Terdapat Program Bancian Dan Pendaftaran Kad Kebajikan Kepada Warga Asing Oleh NGO?

TULAR:
2162

PENJELASAN:

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memperjelaskan berhubung kegiatan beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO) yang membuat program bancian warga asing dan kegiatan mendaftarkan kad-kad kebajikan kepada warga asing.

Sumber gambar: Facebook

Menurut JIM, kegiatan ini bertambah aktif sejak kebelakangan ini dan JIM turut menerima aduan dari majikan dan orang ramai yang merasakan di tipu oleh agen-agen NGO yang melakukan kegiatan mendaftar kad kebajikan dengan mengenakan jumlah bayaran tertentu namun fungsi kad tersebut tidak seperti yang dijanjikan.

JIM mengingatkan majikan dan orang ramai bahawa hanya i-kad yang tulen dan dikeluarkan oleh JIM sahaja yang di iktiraf.

JIM tidak memperakui dan tidak mengiktiraf sebarang kad kebajikan, kad imigran, dan lain-lain kad selain i-kad yang dikeluarkan JIM.

Sehingga kini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JIM tidak pernah mengeluarkan arahan mahu pun melantik mana-mana syarikat untuk menguruskan bancian warga asing dan menguruskan kebajikan PATI yang berada di Malaysia.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI