LHDNM Kenakan Caj Pentadbiran 0.8% Bagi Pembayaran Cukai Menggunakan Kad Kredit?

TULAR:
1168

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengenakan caj pentadbiran 0.8% bagi pembayaran cukai menggunakan kad kredit.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut LHDNM, caj pentadbiran 0.8% ialah caj yang dikenakan oleh Bank Pengeluar Kad Kredit dan BUKAN caj dikenakan oleh LHDNM.

Medium bayaran cukai menggunakan kad kredit adalah pilihan pembayar cukai. LHDNM turut menyediakan pilihan lain untuk bayaran cukai seperti tunai, cek dan draf bank.

SUMBER:

Twitter Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI