PALSU :
Tersebar luas di media sosial dakwaan kononya semua panggilan telefon dan perbualan media sosial rakyat Malaysia direkod dan dipantau pihak Kerajaan ekoran pengenalan peraturan komunikasi baharu oleh pihak Kementerian Dalam Negeri.
SEBENARNYA :
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah mengeluarkan peraturan komunikasi baharu termasuk merakam semua panggilan telefon atau memantau media sosial orang ramai di negara ini.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim, menegaskan bahawa mesej palsu yang sedang dikitar semula di media sosial tiada kaitan dan bukan dikeluarkan oleh KDN.
SUMBER :