Remaja Dirogol Di Tanah Merah, Kelantan?

TULAR:
1000

PENJELASAN  :

Pihak Polis memperjelaskan dakwaan bahawa seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dari Ketereh dirogol seorang pemandu teksi sebelum ditinggalkan berhampiran sebuah pasar raya di Tanah Merah, Kelantan sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : Facebook.

Menurut  Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Abdullah Roning, remaja yang berusia 15 tahun itu mengaku telah berjumpa teman lelakinya berusia 17 tahun dan melakukan hubungan seks secara suka sama suka.

Katanya, remaja berkenaan yang takut perbuatannya itu terdedah telah membuat laporan palsu dengan mengaitkan seorang pemandu teksi telah merogolnya semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ketereh.

 

 SUMBER :

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI