PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa Perdana Menteri (PM) Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak telah menangguhkan lawatan rasmi ke Terengganu dan berita itu kononya dilaporkan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).
SEBENARNYA :
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) menafikan mengeluarkan sebarang berita yang menyatakan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak menangguhkan lawatan rasmi ke Terengganu.
Ketua Biro Bernama Terengganu, Zalina Maizan membuat tiga laporan polis mengenai penyebaran artikel palsu oleh individu tidak bertanggungjawab menggunakan nama agensi berkenaan.