Semua Perniagaan Online Dikenakan Cukai?

TULAR:
741

PENJELASAN :

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memperjelaskan laporan bahawa tiada peruntukan khusus berkenaan layanan terhadap cukai pendapatan perniagaan dalam talian (online) di Malaysia.

Sumber gambar: beritaterkini.my

Menurut LHDNM, di bawah seksyen 4 Akta Cukai Pendapatan 1967, pendapatan suatu perniagaan layak dikenakan cukai pendapatan setelah mengambil kira semua perbelanjaan yang layak dibenarkan dalam perniagaan dan pelepasan-pelepasan cukai yang layak dituntut oleh para peniaga tersebut.

Peniaga online juga turut dinasihatkan agar mendaftarkan perniagaan dengan agensi berkaitan, membuka fail cukai pendapatan dengan LHDNM dan menyimpan semua dokumen perniagaan mereka.

SUMBER :

Lembaga Hasil Dalam Negeri 

Portal KPDNKK


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI