Perdana Menteri Tangguh Lawatan Rasmi Ke Terengganu?

TULAR:
154

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Perdana Menteri (PM) Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak telah menangguhkan lawatan rasmi ke Terengganu dan berita itu kononya dilaporkan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

Gambar hiasan. Sumber: freemalaysiatoday.com

SEBENARNYA :

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) menafikan mengeluarkan sebarang berita yang menyatakan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak menangguhkan lawatan rasmi ke Terengganu.

Ketua Biro Bernama Terengganu, Zalina Maizan membuat tiga laporan polis mengenai penyebaran artikel palsu oleh individu tidak bertanggungjawab menggunakan nama agensi berkenaan.

SUMBER : 

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI