PENJELASAN :
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memperjelaskan dakwaan bahawa permainan ‘Blue Whale Challenge’ yang menggalakkan golongan remaja melakukan pelbagai jenis tugasan sehingga akhirnya membunuh diri telah tiba di Malaysia, sepertimana yang tular di media sosial.
Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, walaupun ada laporan bahawa ia dikesan di Rusia, namun setakat ini tiada insiden serupa dilaporkan di negara ini.
Katanya lagi, KKMM sentiasa berwaspada dan akan melakukan pemantauan berterusan terhadap permainan dalam talian baharu, ‘Blue Whale Challenge’.
SUMBER :
Laman Web Kementerian Komunikasi dan Multimedia