PENJELASAN:
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperjelaskan faktor permohonan awal Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) ditolak.
Dokumen tidak lengkap adalah salah satu daripada tiga faktor utama permohonan awal Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) ditolak sekali gus hilang kelayakan untuk menerima insentif sehingga RM30,000.
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, dua faktor lain ialah pemohon tidak penuhi syarat kelayakan ditetapkan sama ada pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 atau melebihi RM15,000.
Katanya, pembelian rumah daripada pemaju yang mendapat dana atau subsidi seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Program Perumahan Rakyat (PPR) dan lain-lain sama ada dari kerajaan negeri atau persekutuan juga menyebabkan permohonan boleh ditolak.
SUMBER :