PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat beberapa pihak yang kononnya menjadi orang tengah atau perunding bagi berurusan dengan orang awam berkenan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
SEBENARNYA :
Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan ada melantik mana-mana perunding untuk berurusan dengan pelajar tajaannya untuk sebarang urusan biasiswa. Untuk makluman semua urusan penawaran biasiswa JPA dilakukan secara online di laman sesawang esilav2.jpa.gov.my .