![ed](https://i0.wp.com/sebenarnya.my/wp-content/uploads/2017/03/ed.jpg?resize=640%2C391&ssl=1)
PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa sekumpulan kaum India telah menyerang enam orang tabligh Melayu di Klang dan bertindak memotong tangan mereka.
![](https://i0.wp.com/sebenarnya.my/wp-content/uploads/2017/03/ec.jpg?resize=305%2C296)
SEBENARNYA :
Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Abdul Rahim b. Jaafar menafikan penyebaran maklumat melalui medium media-media sosial yang mendakwa bahawa terdapat satu kejadian di mana orang India telah memotong tangan enam orang Melayu (Tabligh) yang berumur 5 tahun hingga belasan tahun yang mana mereka dikatakan pulang daripada Tahfiz dikawasan Pandamaran Klang.
SUMBER :
Laman Facebook Rasmi Polis Selangor