Penipuan Black Money?

TULAR:
2458
Sumber gambar : PDRM

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan paparan laman web yang mendakwa bahawa terdapat wang kertas tulen yang sengaja dihitamkan (black money) untuk diseludup keluar negara tanpa dikesan oleh pihak berkuasa dan wang tersebut kononnya wang kekayaan bekas diktator yang meninggal dunia.

Sumber gambar : PDRM

Pihak PDRM memaklumkan penipuan melibatkan mata wang asing atau lebih dikenali sebagai Black Money Scam adalah satu penipuan oleh sindiket warga Afrika dengan memperdaya mangsa yang dikenali di laman sosial untuk mengeluarkan sejumlah wang kononnya untuk membeli sejenis bahan kimia untuk mencuci “wang” dan dijanjikan hasil yang lumayan.

SUMBER :

Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI