Pesakit Positif COVID-19 Di Hospital Shah Alam?

TULAR:
1710

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat pesakit positif Koronavirus (COVID-19) di Hospital Shah Alam.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berita berkenaan terdapat pesakit positif COVID-19 di Hospital Shah Alam adalah tidak benar dan ia adalah berita palsu.

Hospital Shah Alam adalah bukan hospital yang disenaraikan untuk rujukan bagi Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19).

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI