PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Salahuddin Ayub telah mengatakan bahawa para pesawah digalakkan menanam durian di sawah kerana ia memberikan pulangan yang lumayan.
Versi 1:
Versi 2:
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan rasmi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:
“Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah PALSU dan fitnah semata-mata. YB Menteri tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu.
“Ini bukanlah kali pertama YB Menteri berhadapan dengan fitnah sebegini. Kenyataan yang dikaitkan dengan YB Menteri kali ini ternyata berniat jahat dan tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memburukkan nama YB Menteri.”
SUMBER:
Facebook Rasmi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Facebook Rasmi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani