PALSU:
Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) merakam serta memantau semua panggilan telefon dan perbualan media sosial rakyat Malaysia.
Mesej tersebut turut mendakwa kononnya pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau telefon mudah alih rakyat Malaysia melalui nombor International Mobile Equipment Identity (IMEI).
Mesej yang serupa pernah tular pada tahun 2015, awal tahun 2017 dan 2018 yang lalu.
Versi Terkini. Tular: November 2018
Versi Terdahulu. Tular: April 2018
Versi Terdahulu. Tular: Februari 2018
Versi Terdahulu. Tular: September 2017
SEBENARNYA:
Pihak PDRM, pada 6 Mac 2015 telah mengeluarkan kenyataan bahawa maklumat yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp yang mendakwa pihak berkuasa sedang memantau nombor IMEI telefon bimbit pintar adalah TIDAK BENAR sama sekali.
Selain itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataannya pada 14 April 2017 telah menegaskan tidak pernah mengeluarkan peraturan komunikasi baharu termasuk merakam semua panggilan telefon atau memantau media sosial orang ramai di negara ini.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) juga dalam kenyataannya pada 30 April 2017 telah menafikan mengeluarkan peraturan baharu kononnya semua panggilan telefon dan medium media sosial, dirakam serta dipantau kementerian.
SUMBER: