Pergaduhan Di Gurun Dan Kuala Ketil, Kedah?

TULAR:
3355
Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular di media sosial sebuah gambar dan mesej yang mendakwa kononnya berlaku kejadian pergaduhan antara kaum Melayu dan India di Gurun dan Kuala Ketil, Kedah. Turut dikesan terdapat mesej dari pihak-pihak tertentu yang menggesa orang ramai untuk menyimpan senjata sebagai persiapan untuk melakukan rusuhan antara kaum.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi PDRM Kedah:

Adalah dimaklumkan, penyebaran gambar dan mesej berkenaan wujudkan ketegangan kaum ini adalah tidak benar sama sekali. Ingin ditegaskan, tiada sebarang kejadian pergaduhan antara kaum yang berlaku di dalam daerah Kuala Muda. Keadaan di Gurun dan Kuala Muda adalah selamat, aman dan sejahtera. Penyebaran berita palsu ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan kegusaran dan ketakutan kepada masyarakat.

Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya menghentikan sama sekali perbuatan menyebarkan berita/maklumat palsu di media sosial kerana ianya boleh mencetuskan sentimen perkauman dan menggugat keselamatan serta keamanan. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang cuba menggugat ketenteraman awam di negeri ini. Mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu ini boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948. Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM Kedah


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI