KPM Keluar Iklan Tawaran Pengambilan Pembantu Guru Di Seluruh Negara?

TULAR:
1002

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan satu iklan tawaran pengambilan Pembantu Guru di seluruh negara.

Sumber: cikgushare.com

SEBENARNYA:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang iklan tawaran pengambilan Pembantu Guru di seluruh negara seperti mana yang tular di media sosial.

KPM juga ingin menjelaskan bahawa jawatan Pembantu Guru belum diwujudkan.

Sebarang pengambilan bagi pengisian jawatan Pembantu Guru, jika hendak dilaksanakan pun kelak, ia hanya akan diuruskan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sebagai pihak berkuasa melantik.

SUMBER:

Laman Rasmi KPM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI